SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH
  Pengasas sekolah ini ialah Tuan Haji Omar b Tahir.Pelan sekolah ini telah disiapkan pada 10.5.1951. Bangunannya didirikan di atas tapak seluas 80 kaki kali 24 kaki. Rangkanya daripada kayu bakau bulat.Dinding dan tingkapnya pula diperbuat daripada bertam.Pintunya dibuat daripada papan dan atapnya daripada daun nipah.


  Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Rakyat Pengkalan Bujang. Hari persekolahannya bermula  pada  6 Januari 1952. Tenaga pengajarnya seramai 5 orang. Kelima-lima guru tersebut telah dipilih oleh Jawatankuasa Sekolah. Murid yang didaftarkan adalah seramai 113 orang.Semua guru yang bertugas telah mendapat bimbingan daripada Tuan Haji Saad b haji Yusof, iaitu seorang guru terlatih dari Sekolah Melayu Bujang.Persekolahan  telah diadakan dalam dua sesi.Iaitu sesi pagi dan petang. Sesi pagi bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan sesi petang pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.Setiap  murid RM 3.00  sebulan. Daripada kutipan wang tersebut juga digunakan untuk membayar gaji guru sebanyak RM 45.00 sebulan. Selepas 6 bulan sekolah dibuka kerajaan telah member gaji tambahan sebanyak RM 45.00 seoarang.

    Pada tahun 1960 sebuah bangunan tambahan  telah didirikan melalui bantuan daripada YB Encik Khir b Johari sebanyak RM 7500.00. Bangunannya dibuat daripada papan dan simen serta berbumbungkan zink. Keluasannya ialah 120 kaki kali 20 kaki.Pada tahun 1961 sekolah ini telah diiktirafkan sebagai Sekolah Kerajaan dan diberi nama Sekolah Melayu Pengkalan Bujang. Ketika itu Cikgu Darus b Sulaiman menjadi Guru Besar dengan dibantu oleh lima orang guru penolong.Pada tahun 1969 atas daya usaha Tuan Haji Omar b Tahir serta pemuafakatan daripada Encik Hasan b Hanafi,En Darus b Shafie dan Guru Besar, pihak kerajaan telah bersetuju mendirikan sebuah bangunan baru dua tingkat di atas tapak bangunan asal dengan keluasan 120 kaki kali 24 kaki. Di samping itu didirikan juga sebuah rumah guru yang berukuran 40 kaki kali 30 kaki.


Bangunan 2 Tingkat
Pada tahun 1989 kerajaan telah member peruntukan sebanyak RM50,000.00 untuk didirikan sebuah lagi bangunan tambahan bagi menempatkan empat buah bilik darjah.Pada tahun 1989 juga pihak kerajaan telah memberikan bantuan modal sebanyak RM 33,000.00 bagi membaik pulih sebuah bangunan lama yang rosak.

Pada tahun 1993 telah didirikan pula bangunan rumah guru dua pintu berkembar yang berharga RM 49,995.00 yang  berukuran 30 kaki kali 24 kaki
SEKOLAH SKHOT SEKARANG